GST.

Saya tak sabar tunggu parlimen sambung bersidang.

Hampir nak ikut jejak Uncle dan Anwar untuk tuntut sidang parlimen kecemasan dilaksanakan serta-merta walaupun dalam tempoh PKP.

Kerana saya cadang berdiri dalam Dewan Rakyat untuk tuduh rejim Gagalkrasi PH dahulu telah rompak wang bayaran balik GST sebanyak RM8 bilion.

Seperti apa yang bekas Menteri Kewayangan pernah tuduh kerajaan BN dahulu rompak wang GST RM19.2 bilion tetapi telah disangkal oleh laporan PAC yang dibuat akibat tuduhan PH itu.

“15 Julai 2019: Wang kutipan hasil GST tidak hilang – PAC”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/585091/wang-kutipan-hasil-gst-tidak-hilang-pac

Pada bulan Februari 2020 lalu, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) telah tuduh kerajaan belum bayar balik GST sebanyak RM7.8 bilion.

6 Feb 2020: RM7.8b in outstanding GST refunds not returned to taxpayers yet — FMM
https://www.theedgemarkets.com/article/rm78b-outstanding-gst-refunds-not-returned-taxpayers-yet-%E2%80%94-fmm

Hari ini pula, Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) juga tuduh kerajaan belum bayar balik GST sebanyak RM200 juta.

“15 Apr 2020: Contractors urge gov’t to repay outstanding GST refunds to ease cash flow”
https://www.malaysiakini.com/news/520783

Entah berapa lagi persatuan industri lain yang juga akan membuat kenyataan sama bahawa mereka turut belum dibayar balik wang GST oleh kerajaan PH dahulu.

Perlu ingat bahawa masa BN kalah PRU14, GST masih berjalan dan proses bayaran balik GST masih berjalan juga.

Tetapi dalam kes kerajaan PH:

  • GST dah dimansuhkan 21 bulan dahulu
  • wang Petronas yang kononnya untuk membayar tuntutan GST itu juga telah dijarah PH dan digunakan sepenuhnya.
  • Tetapi GST masih belum dibayar balik lagi.

Wang sudah angkat. Dah hampir 2 tahun GST dimansuhkan. Kenapa PH tak bayar balik?

So, siapa yang nak jawab sekarang?

Siapa yang rompak wang GST RM8 bilion sekarang?

Dulu bukan suka main tuduh-tuduh orang rompak, ya?

Tomoi Siam.

TOMOI SIAM

Hari ni rezeki sy bertemu dgn bekas jurulatih Tomoi Siam saya iaitu Dato’ Takiyudin, Menteri Undang2. Dah beberapa kali dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri dan Mesyuarat PM sempena Covid 19, sy cari dan cuba tangkap dia tapi tak sempat sebab kami duduk jauh. Hari ni kami duduk dekat.

Lepas sy tangkap dia utk selfie, dia pula tangkap Tan Sri PAT utk sama2 selfie.

Sejarah tomoi siam saya agak panjang. Saya belajar tomoi siam sejak dari darjah dua. Semasa dlm darjah 5, guru kami dari Thailand iaitu Heng Sangsemai mati di tembak di Pattani. Jadi murid senior iaitu Dato Taki ambil alih gelanggang dan ajar kami sampai khatam buah 21.

Kemudian dia membawa saya dan sparing partner saya iaitu Ayub Besi masuk ke pertandingan tomoi siam di Chengmai. Tahun pertama masuk kami kalah tapi tahun kedua saya juara Tomoi Siam Chengmai Open yg mengakibatkan saya kehilangan tulang hidung. Selepas masuk tentera, dgn ilmu tomoi siam, saya belasah lawan hingga masuk hospital bagai dan muncul sebagai Peninju Terbaik TD selama dua tahun berturut-turut.

Itulah sedikit sejarah tomoi siam yg skrang orang orang panggil Muai Thai.

Cikgu Mustika

Serang.

Postkan di komen Mkini
Seperti yang sudah diketahui ramai, saluran media seperti MalaysiaKini mempunyai agenda politik mereka bersama DAP. Beberapa laporan berita mereka sangat merangkumi pegangan politik DAP. Akibatnya, berlaku di mana fakta-fakta yg cenderung kepada DAP atau disembunyikan secara terang-terangan daripada naratif berita.
Ia amat jelas bahawa media MalaysiaKini tidak boleh dipercayai. Sikap bias atau pilih kasih media MalaysiaKini di dalam editorial dan laporan adalah satu perkara, penipuan media mereka dalam melaporkan ‘fakta’ dalam sesuatu berita juga merupakan suatu masalah lain. Isu ini bukan sahaja melihat pada pandangan wartawan MalaysiaKini atau organisasi berita itu. Isu ini lebih melibatkan transformasi laporan berita kepada putaran ideologi DAP, bersama-sama dengan kerjasama putar belit pemimpin DAP. Penipuan tanpa had

Kenduri di sini….. Serang!!