Puasa.

Assalaamu’alaikum

In Syaa Allah, dalam beberapa hari lagi, kita akan berpuasa sunat yang agak panjang..

30 zulhijjah = 31/8 puasa sunat akhir bulan zulhijjah (penutup kitab kita dengan catatan berpuasa)

1 Muharram = 1/9 bermulanya hari pertama dari puasa sunat 10 hari dari awal Muharram (buka kitab baru kita dengan catatan berpuasa)

Seterusnya puasa 2 Muharram = 2/9 sehingga 8 Muharram = 8/9 (2/9 + sunat Isnin, 5/9 + sunat khamis)

9 Muharram = 9/9 puasa sunat hari tasu’a + sunat Isnin

10 Muharram = 10/9 puasa sunat hari ‘asyura

11 Muharram = 11/9 puasa sunat ba’da’ asyura (‘alim ulama’ kata Allah itu ganjil dan suka yang ganjil, kiyai sohaili bagi tahu puasa sehingga 11 Muharram/ambil hingga tarikh ganjil, puasa ba’da ‘asyura tu ustaz mohaizan yang bagi tahu)

12 Muharram = 12/9 hari khamis, puasa sunat khamis

Seterusnya puasa sunat hari2 putih 3 hari iaitu
13 Muharram = 13/9
14 Muharram = 14/9
15 Muharram = 15/9

16 Muharram = 16/9 puasa sunat hari isnin

Pesan ulama’, jika tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.

Selamat beramal.

In Syaa Allah.

Bi iznillah.

Aamiin Allahumma Aamiin

P/s: jika ada niat puasa qada’ wajib seperti puasa Ramadhan, masukkan niatnya di awal sebelum niat puasa sunat yang lain..

Pasang satu lagi.

Dengan rendah diri,
saya ingin memaklum kan sesuatu, insyallah kalau tiada aral melintang, saya akan memasang lagi satu. Dah lama saya simpan keinginan ini, namun baru kali ini saya berpeluang nak beritahu. . . . . . .

Saya rasa kali ini saya dah bersedia. . . . .syukur alhamdulillah, isteri dan anak-anak pun tiada halangan rasanya, bagi saya meneruskan niat murni ini. Segala persiapan telah pun diatur dan berharap berjalan lancar. . . . . . .

Oleh itu, sekiranya tuan-tuan kelapangan pada hari khamis ini, 29 Ogos 2019 untuk turut sama-sama dengan saya memasang bendera kebangsaan kita, Jalur Gemilang di perkarangan rumah saya. . . . . . .

Yang pertama saya dah pasang kat pintu masuk depan rumah. . . . . . .

🇲🇾 _Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62

System down.

IKAN MUDIK BUKAN SELALU.

Sistem computer Immigration di KLIA 1 & 2 masih lumpuh. Ketika ini sistem pakai MANUAL. Manual means nothing to do with database.

Gangguan rangkaian berlaku sejak 21/08/2013.

Apa kah ianya telah disabotaj? Kenapa pelancung dari China paling ramai masuk?

Saya tidak mau memberi angkanya tetapi anda boleh cek sendiri.

Ini adalah terpanjang dalam sejarah. Adakah sistem ini yang telah di hacked?

Kenapa sampai hari ini masih belum dapat dipulihkan?

Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri hal ehwal dalam negeri sila jawab. Juga Anthony Loke dan Datuk Indera Khairul Dzaimee (Anda tahu siapa orang ini?)

By the way ini bukan pasal politik, ini soal keselamatan negara.

Ada berita kata Airlines dah ok. Tetapi ON AND OFF. Saya tidak peduli airlines. Itu tidak kena mengena dengan Immigration.

By the way flight INTERNATIONAL hari ini 25/08/2019 saja berjumlah 121 FLIGHTS masuk dengan jumlah penumpang 43,758 orang dan keluar 229 FLIGHTS dengan penumpang 45,342.

Jadi jumlah FLIGHT 450 melibatkan penumpang “INTERNATIONAL” 89,100 orang dari 0000hrs 25/8/2019 hingga 0000hrs 26/08/2019 both KLIA1 & 2.

MP anda pun tidak tahu kalau di tanya “on the spot”!!!!!

Saya tidak perlu beri detail lebih. Up to you memikirkan mungkin anda ingat pelancung masuk hanya 5,000 orang satu hari. Satu jam pertama pagi ini sahaja 10 flight sudah landing, 1 sudah keluar melibatkan penumpang 2,178 orang.

Dan saya tidaklah sebodoh macam semua orang fikir nak berikan semua bukti cuma di Immigration ”the SQL server was NOT FOUND“ jika anda acces dari PC JENIS LENOVO kat kaunter even NOW kendatipun apa NEWS dan pegawai yang muncul mendakwa!

Anda tahu apa itu SQL?

It means structured query language; Ia adalah bahasa khusus computer yang digunakan dalam pengaturcaraan dan direka untuk menguruskan data yang diadakan dalam sistem pengurusan PENGKALAN DATA (Database) yang berhubung kait, atau untuk memproses aliran dalam sistem pengurusan aliran data yang berhubung kait.

Database terletak di server bukan dalam hard disk PC LENOVO depan pegawai yang cop paspot anda.

By the way the best cyberattacker countries on earth bagi saya adalah China, Russia, Iran, North Korea. Not even US boleh beat mereka.

China even curi plan untuk F-35 dari US now buat J-31 atau Shenyang F-31 (鹘鹰) mereka. Anda mau percaya atau tidak itu anda punya hal . Again I don’t give a damn.

Apa yang saya beritau pasal computer Immigration is Fact dan selebihnya adalah WARNING! Saya tidak perlu tarik kepala anda dan sembamkan muka anda depan computer mereka di airport.

Kalau kerosakan ini HANYA PERKAKASAN RANGKAIAN, good luck! It is fine.

Saya bukan ahli mana mana parti politik anda mau percaya atau tidak itu juga none of my business.

By the way kalau anda hendak mendabik dada anda hanya kerja diairport dan tahu semua lupakan. Anda tidak pun boleh Lihat apa yang berlaku di kaunter Immigration dan anda tidak pun faham antara manual, log dan database dan anda nampak orang keluar masuk macam biasa anda ingat semua ok. Tahniah anda pintar!

Anda tidak pun tahu apa itu LOG dan berapa digit angka yang ada padanya.

Malah 89,100 orang keluar masuk harini ini tanpa memasuki database baru hari ini anda dengar walaupun paspot tetap di cop dan perjalanan nampak lancar. Cuma tiada siapa tahu yang masuk adalah mungkin the Most wanted person on earth kerana Immigration tidak dapat akses database mereka sendiri.

Andainya ketika mereka keluar semula, sistem semua ok, nama mereka tidak pun timbul di screen sebagai pernah masuk Malaysia.

Setakat hendak menjadi juara tunjuk pandai bolehlah. Anda tidak pun tahu berapa pelancung masuk dan dari Negara mana ikut kategori. Anda cuma boleh menerka.

Anda sendiri tidak tahu apa maksud sistem yang normal dan sistem yang tidak normal apabila database tidak boleh akses. Sebenarnya bila database tidak boleh akses perjalanan lagi cepat jadi anda ingat semua ok sebab Immigration cuma catit 8 digit log no dan cop paspot, tidak pun masuk Ke database.

Bukan bermakna bebas keluar masuk, tetapi bermakna rekod masuk keluar tidak ada dalam datab
ase.

Kalau ini pun masih tidak faham tidaklah tahu apa yang hendak saya cerita lagi.

Sebab itu orang Melayu mudah kena jual selama 200 tahun.

DAN ORANG YANG MASUK SEKITAR 45,000 ORANG SEHARI SEJAK 21/09/2019 KITA TIDAK AKAN DAPAT KESAN MEREKA WALAUPUN MEREKA OVERSTAY DAN JADI PEROMPAK ATAU PELACUR DIMALAYSIA, BLACKLIST (kerana overstay sebelumnya atau kesalahan lain) OR NOT WALAUPUN PASPOT MEREKA DICOP.

Nama mereka tidak pun ada dalam database dan Immigration pun tidak dapat mengesan mereka dan tidak akan tahu bila tarikh visa mereka tamat selepas mereka keluar dari check out.

Tidak percaya? Ikut suka anda. Tanyalah siapa saja yang kerja cop paspot di Immigration kecuali dia menipu anda kerana tidak mahu beritahu kelemahan mereka.

HAPPY? Anda dapat saudara baru jika mereka memilih untuk tidak pulang untuk selamanya SELAGI TIDAK KENA TANGKAP.

Apa beza pelancung dulu dan pelancung tiga hari lepas? Dulu Semua ada dapat key in dalam database dan tahu siapa mereka jika “blacklist”.

Tiga hari lepas seorang pun tidak key In dalam database dan tidak tahu apakah mereka wanted terrorist. Tinggallah berapa lama, pergilah kemana jua, buatlah apa saja.

INILAH HAKIKAT SEBENARNYA DIMANA MENTERI ANDA PUN TIDAK TAHU, apa lagi anda semua!

Hari ini juga paling ramai orang Malaysia keluar Negara. Mengejutkan juga. Namun inilah peluang keemasan para blacklist dan para penjenayah yang dikehendaki polis. Immigration tidak akan dapat menentukan siapakah mereka semasa keluar untuk ”dikesan dan tahan” dan diserahkan kepada TCO (Traffic Controller Officer) diKLIA.

Ikan mudik bukan selalu.